PENGENALAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Raja Permaisuri Bainun telah ditubuhkan pada tahun 1985 iaitu setahun selepas sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Sehingga hari ini seramai 8 orang Yang Dipertua PIBG telah dilantik. Antaranya adalah seperti yang berikut:
Nama YDP PIBG
1985 - 1988 : Tn. Hj. Abdullah bin Nordin Ali
1989 : Ir. Hj. Harun bin Ahmad Saruji
1997: Dr. Hj. Dzulkarnain bin Abd. Rahman
1998 – 1999 : Tn. Hj. Mohammad bin Muhammad Nengah
1999- 2002 : Dr. Mohd. Muslim bin Mohd. Yusoff
2003 - 2004 : En. Roslan bin Busu
2005- 2010 : En. Saharuddin bin Deli
2010 - sekarang : Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.
Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah persatuan ini menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.
Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.

Visi dan Misi PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun
Objektif dan visi PIBG selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari. Visi dan misi PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun adalah seperti yang berikut:
MISI PIBG
Membantu Sekolah Memberi Pendidikan Berkualiti bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berlandaskan Aspirasi Pendidikan Negara
VISI PIBG
PIBG Peneraju Kecemerlangan Yang Unggul

LOGO PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun
KETERANGAN LOGO
Perpaduan, Permuafakatan, Peranan antara Pentadbir, Guru , Staf Sokongan, Pelajar dan Ibu Bapa Membentuk Ukhwah yang Kukuh untuk Meneruskan Tradisi Kecemerlangan.
MERAH HATI
Kegagahan dan keberanian
OBOR
Ilmu menerangi hidup
BERGERIGI BERWARNA
Kemajuan sains dan teknologi
BUKU
Timbunan ilmu
BUNGA PADI
Wujud di negeri Perak
JALUR KUNING
Jalur Diraja sempena nama sekolah
JALUR PUTIH
Hati bersih
JALUR BIRU
Kerjasama wujudkan perpaduan
MOTO
Berusaha, Berilmu, Berbakti
PIAGAM PELANGGAN
Kami ahli PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
• Membantu pihak sekolah melaksanakan proses pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi
kehendak individu, masyarakat dan negara bermula pada hari pertama persekolahan baru dibuka.
• Menjadi pemangkin pengembangan bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum berasaskan pembinaan generasi bestari.
• Mengurus dan menggunakan segala peruntukan kewangan yang diterima secara efisyen dan berkesan bagi keperluan
dan faedah sekolah.

JALINAN, JARINGAN DAN PENGANTARABANGSAAN
PIBG seharusnya bijak mengadakan jaringan dan kerjasama bijak dengan institusi pendidikan terbaik dan cemerlang tempatan dan luar Negara. Perkongsian pintar maklumat dan teknologi pendidikan terkini perlu diadakan agar sistem pendidikan tempatan lebih efisien, sofistikated, kompeten dan tidak ketinggalan zaman.
Melalui perkongsian pintar ini maka medan pendidikan di negara kita menjadi lebih terbuka, seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa. Antara jaringan yang telah dibuat oleh PIBG sekolah adalah:
Luar Negara :
1. Harford High School, Manchester
2. Benjamarachutit, Pattani School, Thailand
3. SM Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, Brunei
4. SMA Negeri 5, Purworejo, Jogjakarta
5. SMA Negeri 7, Purworejo, Jogjakarta
6. SMKI 10 (Sekolah Seni), Bandung
7. Davao City National High School, Filipina
Dalam Negeri :
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
3. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
4. SMK (P) St George, Pulau Pinang
5. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
6. SMK Dato’ Onn, Butterworth
7. SMK Gunung Rapat, Ipoh
8. SMK Tarcisian Convent, Ipoh
9. SMK Anderson, Ipoh