PERSATUAN IBU BAPA GURU SMK RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH PERAK
  • Utama
  • PIBG BITARA
  • Mesyuarat Agung
  • Laporan Aktiviti
  • AJK 2010/2012
  • Akademik
  • Pautan
  • Galeri
  • Blog
  • Perlembagaan
  • Lokasi kami
  • Hubungi kami

Kata Aluan Penasihat PIBG 2012/2014

Picture
Sekapur Sirih daripada Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan rahmat-Nya, Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun dapat dibangun dan dimantapkan.  Sekalung pengargaan dan terima kasih saya ucapkan  atas usaha ini. Pembinaan laman web PIBG ini sangat besar ertinya kepada sekolah. 

Tujuan utama laman web ini adalah untuk berkongsi atau bertukar-tukar pengalaman kepada semua pengunjung laman ini. Harapan saya dengan adanya laman web ini tuan/puan dapat mengenali lebih dekat lagi segala informasi dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan di sekolah ini. Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. 

Saya penuh yakin, dengan komitmen daripada semua guru, warga sekolah dan PIBG,  Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun akan terus cemerlang dalam semua bidang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang berkesan dan mencerminkan budaya berkualiti dalam setiap aspek kehidupan.

Akhirnya, semoga Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun menjadi laman rasmi yang dikenali di daerah Kinta Utara khasnya dan juga di negeri Perak amnya.

Sekian, terima kasih.

‘PENDIDIKAN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG’

HAJI MOHD JASMI BIN ALIAS                                                                                                               
Pengetua Cemerlang
SMK Raja Permaisuri Bainun

Kata Aluan YDP PIBG 2012/2014

Picture
Assalamualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mengisi ruang dalam Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pembangun laman web ini yang telah berjaya mereka bentuk dan membangun laman web ini. 

Laman web ini adalah signifikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PIBG sekolah ini.  Laman web ini akan membuka jalan ke arah perkara-perkara berikut yang boleh dilakukan sama ada secara ‘synchronous’ mahupun ‘asynchronous’ iaitu :

  • Hebahan informasi terkini kepada ahli PIBG dan pihak luar ;
  • Penyediaan platform kepada ibu bapa dan guru melihat perkembangan pelajar ;
  • Akses kepada maklumat berkaitan PIBG dan sekolah pada bila-bila masa ;
  • Akses kepada aktiviti sekolah ;
  • Penyaluran idea daripada ibu bapa dan guru ; dan
  • Penyaluran aduan secara online.

Sebagai peneraju PIBG, saya percaya bahawa kerjasama dan  gandingan mantap antara warga sekolah dengan PIBG dapat memperkasakan usaha pengekalan kecemerlangan dan penambahbaikan secara berterusan. Saya yakin inisiatif yang dilakukan menerusi laman web ini akan membuka jalan ke arah kerjasama tersebut. Saya juga yakin laman web ini dapat disenggara dan ditadbir dengan baik. Insya Allah, impaknya akan memberikan banyak faedah kepada kita semua khususnya dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan cemerlang berlandaskan aspirasi pendidikan negara.  Sekaligus menjadi pemangkin sinergi kecemerlangan unggul. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Dr.  ABDUL HADI BIN MAT DAWI
Yang Dipertua PIBG,
SMK Raja Permaisuri Bainun.

Kalendar 

Bilangan pelawat

calling cards
calling cards

Kunjungan pelawat

Pesanan Ringkas


ShoutMix chat widget
Create a free website with Weebly